[VIDEO] Hamzah bakal 'naik pangkat', Peja lepas jawatan Timbalan Presiden Bersatu

A
A
A

SELAYANG - [DIKEMAS KINI] Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin bakal 'naik pangkat' dengan menyandang jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti akan datang.

Perkara tersebut diumumkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendedahkan, perkembangan terbaharu itu merupakan hasil perbincangan serta kesepakatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dalam pertemuan baru-baru ini.

“Saya dapat pandangan yang mana Peja (Ahmad Faizal) bersedia berundur setapak kebelakang untuk tawarkan diri jawatan Naib Presiden, kebetulan dalam barisan Naib Presiden hanya ada dua, satu kosong yang tidak diisi.

"Beliau tidak bertanding timbalan kerana beri ruang kepada Hamzah untuk mengambil tugas sebagai timbalan presiden.

Muhyiddin bersama Hamzah (kanan) dan Ahmad Faizal (kiri) ketika sidang media sempena Konvensyen Bersatu 2024 yang diadakan pada Sabtu.
Muhyiddin bersama Hamzah (kanan) dan Ahmad Faizal (kiri) ketika sidang media sempena Konvensyen Bersatu 2024 yang diadakan pada Sabtu.

“Ini atas dasar mengiktiraf peranan (Hamzah) sebagai Setiausaha Agung Bersatu, PN dan Ketua Pembangkang di Parlimen, semua kita ambil kira. Saya tidak ada halangan langsung untuk Hamzah memimpin sebagai timbalan membantu saya,” katanya pada sidang akhbar selepas penutup Konvensyen Bersatu di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Selayang, di sini pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir pada Konvensyen Bersatu 2024 yang diadakan pada Sabtu. Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir pada Konvensyen Bersatu 2024 yang diadakan pada Sabtu. Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) turut mengumumkan, jawatan Setiausaha Agung Bersatu akan ditawarkan kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana ketokohan serta kemampuan Ketua Bersatu Selangor itu menjalankan tugas sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri berkenaan.

Sementara itu mengulas mengenai tindakan susulan selepas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memutuskan tiada kekosongan kerusi Parlimen yang disandang enam bekas ahli Palimen Bersatu, beliau menjelaskan, perkara itu sedang dalam pertimbangan dan telah diserahkan kepada pihak peguam.

“Kita sudah lantik peguam untuk meneliti perkara itu. Kita kena kaji dari sudut perlembagaan berkaitan Akta Anti Lompat Parti dan sebagainya,

“Kita ada tempat yang boleh mengadu iaitu mahkamah dan pada kami, keputusan yang dibuat oleh Speaker tidak mengikut Perlembagaan. Jadi saluran yang ada hanya mahkamah,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!