Kerajaan setuju laksana VOP bantu kontraktor - Amir Hamzah

Amir Hamzah (empat dari kanan) menyampaikan sijil kepada wakil kontraktor pada Konvensyen Transformasi G1 anjuran Persatuan Kontraktor Kelas F Pahang di Dewan Utama, Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, di sini, pada Sabtu.
Amir Hamzah (empat dari kanan) menyampaikan sijil kepada wakil kontraktor pada Konvensyen Transformasi G1 anjuran Persatuan Kontraktor Kelas F Pahang di Dewan Utama, Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, di sini, pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan secara dasarnya bersetuju melaksanakan Syarat Perubahan Harga (VOP) bagi membantu kontraktor yang terkesan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ini bagi meringankan beban kos yang ditanggung kontraktor susulan penyelarasan harga diesel.

"Kita faham semasa di bawah penyasaran subsidi diesel, mungkin ada sedikit kenaikan (harga) yang dirasakan kontraktor-kontraktor ini untuk kos sedia ada.

"Jadi, MoF (Kementerian Kewangan (MoF) sedang berbincang dengan KKR (Kementerian Kerja Raya) dan CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan) unyuk memperhalusi penyelarasan VOP (serta) diberi kepada kontrak-kontrak sedia ada," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar di Konvensyen Transformasi G1 anjuran Persatuan Kontraktor Kelas F Pahang di Dewan Utama, Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, di sini, pada Sabtu.

Ditanya adakah benar ada kenaikan harga selepas pelarasan harga diesel, beliau menjelaskan, pihaknya tidak dapat membuat sebarang andaian.

Jelasnya, bagaimanapun beliau akan melihat data daripada CIDB terlebih dahulu sebelum menentukan perkara itu.

“Perbincangan sudah bermula minggu lalu. Jadi, beri sedikit masa,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada 25 Jun lalu, Sinar Harian melaporkan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) berharap VOP dapat dikembalikan semula bagi mengimbangi kenaikan kos binaan sekitar 30 peratus disebabkan rasionalisasi subsidi diesel.

Kali terakhir kerajaan menambah 11 bahan binaan dalam pelaksanaan VOP bagi membantu kontraktor yang berdepan kenaikan harga barangan binaan adalah pada tahun 2022.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan bahan binaan dalam VOP ialah 15 antaranya simen, batu bata dan dinding, kaca, batu baur, bahan siling serta bahan bumbung.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!