Tabung Pendidikan SAM inisiatif bangunkan modal insan ahli

Norismadi (tengah) bersama barisan kepimpinan SAM 2024-2027 pada Sabtu.
Norismadi (tengah) bersama barisan kepimpinan SAM 2024-2027 pada Sabtu.
A
A
A

TABUNG Pendidikan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) merupakan inisiatif akan digerakkan barisan kepimpinan 2024/2027 bagi membangunkan modal insan karyawan bidang tersebut pada masa depan.

Presiden SAM, Norismadi Abd Manap berkata, inisiatif itu secara tidak langsung akan membolehkan ahli-ahli meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dalam persekitaran karier yang semakin mencabar ketika ini.

"Insya-ALLAH, Tabung Pendidikan SAM adalah antara misi utama SAM penggal 2024/2027, bagi memberikan bantuan kepada ahli-ahli yang berhasrat menyambung pelajaran ke universiti tempatan.

"Kaedah dan pelaksanaannya akan dibincangkan serta diperhalusi barisan kepimpinan 2024/2027 selepas ini.

"Barisan kepimpinan 2024/2027 juga akan memperhebatkan usaha memartabatkan wartawan sukan dan memperjuangkan hak ahli," katanya setelah menang tanpa bertanding untuk penggal kedua selepas Mesyuarat AGM SAM Sesi 2024/2027 di Dewan Banquet Casa 4, Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil pada Sabtu.

Pada masa sama Ketua Operasi Saluran Sukan RTM itu berkata, Program Bantuan Masuk ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk anak-anak ahli juga akan digerakkan dalam masa terdekat.

"Insya-ALLAH, SAM akan mengadakan program yang melibatkan anak-anak ahli lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) iaitu Program Bantuan Masuk ke IPT pada September ini.

"Selain itu, SAM akan membantu ahli yang bertugas pada Sukan Olimpik Paris 2024 mendapat bekalan yang mencukupii sepanjang membuat liputan temasya berkenaan di Paris," kata Ismadi.

Artikel Berkaitan:

Temasya Paris 2024, seramai 12 ahli SAM akan berkampung di Paris dengan kumpulan pertama dijadual bertolak pada 22 Julai ini.

Berkongsi aktiviti penggal lalu, bekas penuntut jurusan Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata:" Alhamdulillah, Exco penggal 2021/2024 telah berusaha keras mengaktifkan pelbagai program selain mewujudkan inisiatif baharu bukan hanya untuk kebajikan ahli tetapi juga untuk ahli keluarga iaitu Program Back To School dan SAM Prihatin."

Mengenai cabaran karyawan sukan yang akan diberikan perhatian SAM kepada ahlinya, Norismadi berkata: "Teknologi (AI) kecerdasan buatan dan robotik antara cabaran dalam tiga tahun mendatang ini, yang akan dilihat persatuan bagi membantu ahli-ahli kekal kompetitif serta berdaya saing.

"Perkara ini bukan sesuatu yang baharu kerana telah pun di petik semasa Kongres Penulis-Penulis Sukan Antarabangsa di Barcelona, Sepanyol baru-baru ini.

"Selain itu, cabaran karyawan sukan hari ini amat tinggi apabila penulisan mereka boleh diserang bila-bila masa di media sosial terutama nitizen yang mempertikaikan fakta sekiranya penulisan itu tidak disenangi."

Sebagai rekod, SAM ditubuhkan 1969 didaftarkan pada 1984 dengan objektif utama memperjuangkan hak wartawan sukan di Malaysia.

SENARAI EXCO SAM 2024/2027

Presiden:

Norismadi Abd Manap

Timbalan Presiden:

Izahar Atan

Naib Presiden:

• Hafizal Hamad

• Hazreen Mubarak

Setiausaha Agung:

Bazly Azmi

Bendahari:

Azhari Mohd Yusof

Exco:

• Rozaidi Zulkifli

• Zuriati Zulmi

• Ku Mohd Lufti Ku Yahya

• IR Tinaletchumi

• Firdaus Hashim

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!