Alec Baldwin terlepas hukuman penjara

Baldwin menangis sejurus keputusan berpihak kepadanya diputuskan hakim. Foto AFP
Baldwin menangis sejurus keputusan berpihak kepadanya diputuskan hakim. Foto AFP
A
A
A

LOS ANGELES - Nasib sememangnya menyebelahi aktor Hollywood, Alec Baldwin selepas hakim menolak kes pembunuhan tanpa sengaja yang difailkan ke atas beliau susulan insiden tembakan yang meragut nyawa seorang kru filem Rust ketika kejadian pada Oktober 2021.

Ia adalah kali kedua kes terhadap pelakon 'A list' itu ditolak mahkamah dan beliau tidak lagi akan dibicarakan.

Hakim Mary Marlowe Sommer di mahkamah Santa Fe, New Mexico berkata, peluru yang menyebabkan kematian ahli sinematografi, Halyna Hutchins dan dikaitkan dengan Baldwin tidak dikongsikan kepada peguamnya oleh polis dan pendakwa raya.

“Mahkamah membuat kesimpulan bahawa tindakan menyembunyikan maklumat dengan sengaja dan perbuatan itu jelas memudaratkan defendan,” katanya.

Sejurus keputusan dibacakan Sommer, aktor tersebut kelihatan menangis sebagai tanda syukur kerana terselamat daripada hukuman penjara 18 bulan jika disabit kesalahan.

Ketika insiden itu, Baldwin dikatakan sedang mengacukan pistol ke arah Hutchins semasa sesi latihan hingga menyebabkan wanita itu terbunuh manakala pengarah filem berkenaan cedera.

Pengendali senjata api, Hannah Gutierrez yang bertanggungjawab mengisi peluru hidup sudah pun menjalani hukuman penjara 18 bulan di bawah tuduhan sama.

Pendakwa raya mendakwa Baldwin mengabaikan peraturan asas keselamatan dan bertindak secara melulu di set penggambaran.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, peguamnya, Alex Spiro menegaskan beliau tidak bertanggungjawab untuk memeriksa kandungan pistol berkenaan malah tidak mengetahui jika ia mengandungi peluru hidup. - Agensi

Info (Maut di set penggambaran)

>Brandon Bruce Lee maut akibat pendarahan otak selepas terkena tembakan peluru hidup di set penggambaran The Crow (1994).

>Rambo: First Blood Part II dibintangi Sylvester Stallone turut menyaksikan kematian staf kesan khas ketika babak aksi.

>XXX: Pelakon aksi untuk watak Vin Diesel maut ketika adegan paraglider di Prague.

>The Dark Knight: Jurugambar menemui ajal ketika merakam latihan larian untuk babak aksi selepas kenderaan dinaikinya merempuh pokok.

>Top Gun: Juruterbang aerobatik, Art Scholl terkorban ketika beliau cuba melakukan aksi 'flat spin' hingga menyebabkan pesawat kendaliannya terjunam ke dalam laut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!