Perkahwinan mewah anak jutawan India cecah RM727 juta?

Anant Ambani, mengahwini teman wanitanya Radhika Merchant, yang merupakan anak kepada taikun farmasi Viren dan Shaila Merchant. Foto Reuters
Anant Ambani, mengahwini teman wanitanya Radhika Merchant, yang merupakan anak kepada taikun farmasi Viren dan Shaila Merchant. Foto Reuters
A
A
A

ANAK lelaki jutawan India, Mukesh Ambani melangsungkan perkahwinan di Mumbai, India pada Jumaat dalam majlis penuh gilang gemilang dan disifatkan sebagai 'wedding of the year'.

Anant Ambani, 29, mengahwini teman wanitanya Radhika Merchant, 29, yang merupakan anak kepada taikun farmasi Viren dan Shaila Merchant.

Majlis berlangsung di Jio World Convention Centre milik keluarga Anant, selepas berbulan-bulan majlis mewah diadakan bagi meraikan pasangan mempelai itu.

Perkahwinan serba mewah itu diadakan selama empat hari bermula dengan majlis tradisional Hindu pada Jumaat, diikuti resepsi besar-besaran yang akan berlangsung sepanjang hujung minggu.

Ribuan tetamu memeriahkan majlis tersebut termasuk selebriti terkenal dunia, Shah Rukh Khan, Salman Khan, Kim Kardashian, Nick Jonas, Priyanka Chopra, John Cena, serta David Beckham.

Selain itu, tetamu lain yang turut hadir adalah bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair dan Boris Johnson, dan Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco Amin H. Nasser.

Majlis pra-perkahwinan Anant dan Radhika diadakan pada Mac lalu di barat Gujarat selama tiga hari dengan kehadiran 1,200 tetamu termasuk persembahan daripada bintang Hollywood terkenal, Rihanna.

Anant merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.

Artikel Berkaitan:

Kos perkahwinan pasangan itu tidak didedahkan tetapi perancang perkahwinan menganggarkan mereka membelanjakan antara 11 bilion dan 13 bilion rupee (sekitar RM615.15 juta hingga RM727 juta). - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!