Anggota polis di KLIA, KLIA 2 pakai topeng muka
SEPANG - Pegawai dan anggota pegawai polis yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2 di sini dibekalkan topeng muka sebagai langkah pencegahan daripada dijangkiti koronavirus.
Menurut kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA, anggota polis yang bertugas sebagai ' front liner' di KLIA dan KLIA 2 perlu memakai topeng muka.
"Keadaan ini kerana anggota polis terlibat perlu berhadapan dengan kemasukan pelancong asing dari pelbagai negara terutama China.
"Pengagihan topeng muka itu dibuat sejak pagi tadi dan agihan seterusnya akan dibuat pada Isnin minggu hadapan setelah mendapat bekalan dari Pusat Bekalan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor," kata kenyataan itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!