Macam pertunjukan fesyen, Mongolia peragakan uniform Olimpik Paris 2024

Direka oleh pereka fesyen tempatan terkenal, Michel & Amazonka, uniform tersebut dipamerkan pada acara pembukaan dan penutup bagi mewakili atlet Mongolia di Olimpik Paris. - Foto Facebook Michel & Amazonka

A
A
A

SEPERTI pertunjukan fesyen, itulah gambaran yang diberikan terhadap uniform rasmi Olimpik Paris 2024 kontinjen Mongolia.

Direka oleh pereka fesyen tempatan terkenal, Michel & Amazonka, uniform tersebut dipamerkan pada acara pembukaan dan penutup bagi mewakili atlet Mongolia di Olimpik Paris.

Rekaannya yang unik serta disulami elemen pakaian tradisional negara itu juga telah menarik perhatian ramai, selain mendapat pujian dari netizen yang terpukau dengan keindahan dan perincian 'busana' tersebut.

Acara pembukaan Sukan Olimpik yang akan berlangsung di Paris pada 26 Julai ini dijangka dihadiri oleh 10,500 atlet dari 206 negara serta hampir 120 pemimpin dunia.

Atlet-atlet tersebut akan bersaing dalam 32 sukan berbeza dan 339 acara.

Perarakan masuk kontinjen-kontinjen juga dilihat sebagai salah satu acara penting dan menjadi tumpuan dunia pada hari pembukaan nanti. - Agensi/ Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!