Sukma: Takraw Negeri Sembilan tak mahu pulang tangan kosong

Mohd Syazwan (empat dari kanan) yakin anak buahnya mampu menyumbangkan pingat dalam Sukma.
Mohd Syazwan (empat dari kanan) yakin anak buahnya mampu menyumbangkan pingat dalam Sukma.
A
A
A

SKUAD Takraw Negeri Sembilan meletakkan sasaran sekurang-kurangnya satu pingat dibawa pulang dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak bulan depan.

Jurulatihnya, Mohd Syazwan Salehan berkata, pihaknya menyasarkan pingat gangsam, namun tidak menolak kemungkinan pasukannya mampu meraih pingat perak ataupun emas selepas melihat prestasi anak buahnya menerusi acara kuadran dan double.

Mohd Syazwan (berdiri, empat kiri) bersama pasukan takraw Negeri Sembilan yang menyertai Sukma di Sarawak.
Mohd Syazwan (berdiri, empat kiri) bersama pasukan takraw Negeri Sembilan yang menyertai Sukma di Sarawak.

"Pada Sukma ini, kita menyertai empat acara iaitu berpasukan, kuadran, double dan regu. Kita sasar satu pingat sekurang-kurangnya gangsa tetapi kita nak target lebih daripada itu.

"Kalau rezeki pergi ke final insya-ALLAH kita akan dapat perak ataupun emas, bagaimanapun target persatuan kita balik sekurang-kurangnya ada pingat...bukan tangan kosong," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Sabtu.

Selari dengan itu katanya, pihaknya sudah memulakan latihan pusat sejak 7 Julai lalu sehingga menjelang Sukma yang mana persiapan lebih banyak membuat latihan tubi dan perlawanan persahabatan.

"Kita nampak potensi itu dekat acara double sebenarnya tetapi tidak menolak kemungkinan yang kuadran juga boleh memberi sumbangan pingat pada sukan takraw.

"Berdasarkan rekod, pada tahun lepas kita tidak membawa pingat. Pada 2018 kita dapat gangsa dalam acara double manakala 2016 kita merangkul perak bagi acara sama dan 2014 pula kita berjaya ke final di acara antara regu dengan membawa pulang pingat perak.

Artikel Berkaitan:

"Kita masih lagi tidak dapat mengembalikan emas... tak silap saya kali terakhir kita dapat emas pada tahun 1996 acara regu di Pahang," katanya.

Sesi latihan yang dijalankan di gelanggang di Majlis Sukan Negeri Sembilan.
Sesi latihan yang dijalankan di gelanggang di Majlis Sukan Negeri Sembilan.

Katanya, rata-rata pemainnya merupakan skuad projek 2026-2028 yang kesemuanya mempunyai potensi untuk menyumbangkan pingat.

"Kita ada 'killer' terbaik iaitu Putra Aidil Shah anak Zainal dari Sekolah Menengah Kebangsaan Zaba,Kuala Pilah yang merupakan satu-satunya pemain dalam kalangan masyarakat Orang Asli dalam pasukan ini.

"Selain itu, kita juga mendapat bantuan dari segi latihan daripada bekas pemain kebangsaan yang mana pesaing utama dalam Sukma ini boleh dikatakan pasukan dari negeri Terengganu, Selangor dan Melaka.

"Saya berharap kesemua pemain dapat memberikan persembahan baik, jaga nama sendiri, keluarga dan harumkan nama Negeri Sembilan kerana ini platform yang boleh melonjakkan diri ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!