Karnival Usahawan Desa, Hari Peneroka Felda digabungkan tahun depan

Ahmad Zahid Hamidi. Foto Bernama
Ahmad Zahid Hamidi. Foto Bernama
A
A
A

SERDANG - Penganjuran Karnival Usahawan Desa (KUD) dan Hari Peneroka Felda akan digabungkan tahun depan dengan sasaran kehadiran sebanyak dua juta pengunjung, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, sambutan itu akan dikendalikan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang berpengalaman menganjurkan KUD yang memasuki edisi kesembilan tahun lepas.

“Insya-ALLAH tahun depan saya berazam dengan KSU (Ketua Setiausaha) KKDW (Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar) yang baharu, Hari Peneroka Felda hendaklah didukung oleh KKDW.

“Kalau tahun lepas KUD@Putrajaya dikunjungi 1.5 juta pengunjung, ditambah dengan dukungan daripada generasi pertama hingga generasi kelima Felda, insya-ALLAH kita sasar Hari Peneroka Felda tahun depan kita capai dua juta pengunjung,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Rancangan Felda (AKRF), Anugerah Masjid Contoh (AMC) dan Anugerah Tokoh Imam Felda (ATIF) bersempena dengan Hari Peneroka Felda 2024 di sini pada Ahad.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!