Dua ekor buaya tembaga didakwa muncul di Kampung Morten

Dua ekor buaya tembaga didakwa muncul di Sungai Melaka dekat Kampung Morten pada pagi Ahad.
Dua ekor buaya tembaga didakwa muncul di Sungai Melaka dekat Kampung Morten pada pagi Ahad.
A
A
A

MELAKA - Dua ekor buaya tembaga didakwa muncul di Sungai Melaka dekat Kampung Morten di sini pada pagi Ahad.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka, Petra Sulai berkata, pihaknya akan melakukan siasatan berhubung kehadiran reptilia itu selepas mendapat aduan daripada penduduk di kampung berkenaan.

"Kita sentiasa melakukan pemantauan yang kerap di lokasi berkenaan sebelum ini termasuklah memasang perangkap di Sungai Malim, Kampung Gadong.

"Penduduk diminta berhati-hati dan tidak cuba mengambil tindakan sendiri di kawasan yang didakwa terdapat buaya berkenaan," katanya pada Ahad.

Sebelum ini, tular video berdurasi satu minit menunjukkan seekor buaya tembaga dianggarkan sepanjang dua meter sedang berehat di bawah laluan pejalan kaki Sungai Melaka di Kampung Morten.

Penduduk turut mendakwa, ada ternampak dua spesies reptilia itu sedang bergaduh di kawasan lubuknya sekali gus menimbulkan kebimbangan mereka di lokasi pelancongan itu.

Sebagai rekod, Sungai Melaka sepanjang 4.5 kilometer sekitar Kampung Morten merupakan lokasi ikonik pelancongan Melaka apabila menjadi laluan bot pelancongan Melaka River Cruise (MRC).

Bot pelancongan itu yang mencatatkan hampir 20,000 pelancong setiap hujung minggu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!