Suspek tembak Trump dikenal pasti Thomas Matthew Crooks - FBI
WASHINGTON - Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mengenal pasti Thomas Matthew Crooks, 20, sebagai suspek penembak yang cuba membunuh bekas Presiden Donald Trump semasa perhimpunan kempennya di Pennsylvania, lapor Sputnik.
"FBI telah mengenal pasti Thomas Matthew Crooks, 20, dari Bethel Park, Pennsylvania sebagai individu yang terlibat dalam cubaan membunuh bekas Presiden Donald Trump pada 13 Julai, di Butler, Pennsylvania.
"Ini kekal sebagai siasatan yang aktif dan berterusan," menurut FBI dalam kenyataan pada Ahad.
Sebelum ini, FBI berkata mereka masih berusaha untuk mencari motif di sebalik cubaan pembunuhan itu.
Trump berkata peluru yang dilepaskan oleh penyerang menembusi bahagian atas telinga kanannya, tetapi beliau selamat. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!