Wanita Indonesia jadi mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan

Seorang wanita warga Indonesia dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan dalam serbuan di sebuah rumah dekat Taman Tropika Kemensah di sini pada Jumaat. (Gambar hiasan) Foto 123RF
Seorang wanita warga Indonesia dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan dalam serbuan di sebuah rumah dekat Taman Tropika Kemensah di sini pada Jumaat. (Gambar hiasan) Foto 123RF
A
A
A

AMPANG - Seorang wanita warga Indonesia dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan dalam serbuan di sebuah rumah dekat Taman Tropika Kemensah di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, serbuan dijalankan pada jam 12.45 pagi susulan maklumat diterima.

"Operasi dijalankan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya itu kemudiannya berjaya menyelamatkan mangsa berumur 41 tahun itu di rumah berkenaan.

"Operasi sama turut menahan seorang wanita warga tempatan untuk siasatan lanjut," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, serbuan dijalankan turut membuat rampasan berkaitan kes terbabit.

"Suspek yang ditahan dibawa ke Mahkamah Ampang bagi permohonan tahanan reman dan dikenakan reman lima hari bagi siasatan lanjut.

"Kea disiasat di bawah Seksyen 12 Antipemerdagangan orang dan Antipenyeledupan Migran 2007 (ATIPSOM)," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!