Mythreyar mogok lapar lebih 100 jam demi Palestin

Seorang aktivis berbangsa India, Mythreyar telah melakukan mogok lapar melebihi 100 jam di hadapan Parlimen sejak Rabu lalu.
Seorang aktivis berbangsa India, Mythreyar telah melakukan mogok lapar melebihi 100 jam di hadapan Parlimen sejak Rabu lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang aktivis berbangsa India, M Mythreyar, 46, melakukan mogok lapar melebihi 100 jam di hadapan Parlimen sejak Rabu lalu.

Dia yang berasal dari Tanjung Malim, Perak nekad berbuat demikian untuk merayu kepada kerajaan agar tidak meneruskan jualan pegangan saham dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat pro-Israel, BlackRock yang disifatkannya sebagai satu pengkhianatan terhadap rakyat Palestin.

Selepas sesi persidangan Parlimen tamat, mogok lapar itu diteruskan di tepi Dataran Merdeka, berhampiran stesen transit aliran ringan (LRT) Masjid Jamek.

“BlackRock merupakan antara institusi kewangan terbesar yang melabur dalam syarikat-syarikat pengeluar senjata Israel termasuk Lockheed Martin Corp, Boeing Co, Raytheon Co, General Dynamics Corp, dan Northrop Grumman Corp.

“MAHB pula merupakan syarikat lapangan terbang Malaysia yang menguruskan kebanyakan lapangan terbang di Malaysia dan beberapa lapangan terbang di luar negara.

Tindakan Mythreyar yang melakukan mogok lapar melebihi 100 jam sejak rabu lalu mula mendapat perhatian banyak pihak.
Tindakan Mythreyar yang melakukan mogok lapar melebihi 100 jam sejak rabu lalu mula mendapat perhatian banyak pihak.

“Oleh itu, ia merupakan satu aset strategik negara yang tidak seharusnya dijual kepada syarikat pro-Israel,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Aksi mogok lapar dan keberaniannya itu turut mendapat perhatian antarabangsa apabila keluarga Roued dari Gaza, Palestin menyampaikan ucapan terima kasih atas keteguhan dan kesanggupanya berkorban demi keadilan melalui media sosial TikTok.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, kumpulan aktivis dari GEGAR dan Sekolah Merdeka berkata, mereka bimbangkan keadaan kesihatan Mythreyar walaupun dia masih bersemangat membuat mogok lapar.

Jelasnya, seorang doktor telah melawat aktivis itu dan memberikan titisan cecair kepadanya pada Jumaat lalu.

“Dia pernah meluahkan hasrat agar aksi mogok ini mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Malah, Mythreyar yakin Anwar akan membatalkan perjanjian tersebut selepas mendengar penjelasannya, memandangkan Perdana Menteri juga pernah menyatakan sokongannya terhadap rakyat Palestin.

“Kami harap semua pihak terutamanya rakyat Malaysia memberikan tekanan kepada kerajaan agar Mythreyar dapat menamatkan aksi ini secepat mungkin sebelum kesihatan beliau terjejas,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!