[VIDEO] Felda Teloi Kanan menang RM1 juta, dinobat pemenang AKRF 2024

A
A
A

SERDANG - Felda Teloi Kanan Wilayah Alor Setar dinobatkan pemenang Anugerah Kecemerlangan Rancangan Felda (AKRF) 2024 pada Ahad sekali gus menerima hadiah RM1 juta.

Anugerah itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Karnival Keusahawanan sempena Hari Peneroka Felda (HPF) 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini pada Ahad.

Ketua Peneroka, Azmi Ibrahim, 57, berkata, kemenangan itu sangat bermakna buat komuniti Teloi Kanan kerana ia diperoleh hasil kerjasama dan sikap bersatu-padu mereka.

Menurutnya, jika diikutkan agak sukar untuk Felda Teloi Kanan bersaing dengan finalis lain ekoran hanya mempunyai 3.2 hektar tanah pertanian termasuk 0.8 hektar yang ditanam kelapa sawit.

"Kami rancangan lama iaitu pada 1965, pada masa itu kami diberi 3.2 hektar tanah, 2.4 hektar ditanam pokok getah berbanding Felda lain yang mempunyai empat hektar ladang kelapa sawit bagi setiap peneroka.

"Di situ agak sukar untuk kami bersaing dengan yang lain kerana kekurangan dana, biasalah tanam getah pulangannya tidak sebanyak kelapa sawit. Jadi apa yang komuniti dengan kerjasama badan-badan lain buat adalah mewujudkan tempat pelancongan," katanya selepas menerima anugerah tersebut.

Azmi (empat dari kiri) bergambar kenangan selepas Felda Teloi Kanan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kecemerlangan Rancangan Felda (AKRF) 2024 pada Ahad.
Azmi (empat dari kiri) bergambar kenangan selepas Felda Teloi Kanan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kecemerlangan Rancangan Felda (AKRF) 2024 pada Ahad.

Tambah beliau, tanah terbiar iaitu lebih 0.4 hektar di kawasan Felda Teloi Kanan dibersihkan dan dijadikan tempat rekreasi seperti kayak serta berkelah.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, usahasama itu secara tidak langsung dapat menjana pendapatan tambahan kepada Felda Teloi Kanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menyerahkan hadiah kepada Juara Anugerah Kecemerlangan Felda (AKRF) 2024 kepada wakil-wakil daripada Felda Teloi Kanan, Alor Setar, bersempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Peneroka Felda 2024 di MAEPS, Serdang pada Ahad.

"Kita tidak ambil untung hanya diserahkan kepada golongan belia dan badan-badan berkenaan bagi menguruskan tempat tersebut.

"Kawasan kampung kami ada tanah terbiar seperti paya dan bukit namun kawasannya penuh semak samun. Setelah dibersihkan ia berjaya menarik ramai pengunjung," jelasnya.

Ditanya mengenai hadiah kemenangan, beliau memberitahu, dengan duit itu, pelbagai usaha boleh dilaksanakan untuk menjadikan Felda Teloi Kanan semakin dikenali sebagai salah satu produk pelancongan.

"Contohnya, mencantikkan masjid, selain itu nanti boleh lihat apa yang boleh diusahakan. Untuk pengetahuan semua, sebanyak 263 rumah terdapat di kampung kami," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!