Mat Bangla dipercayai liwat budak 11 tahun
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata sewaktu kejadian itu, mangsa difahamkan berada di dalam stor berkenaan bagi mengambil telefon bimbitnya yang sedang dicas sebelum didatangi suspek berusia 36 tahun itu.
Mohd Zani berkata, suspek kemudiannya bertindak mengurung mangsa di dalam stor terbabit bagi melakukan tindakan terkutuk itu.
"Bapa mangsa yang mengetahui anaknya telah diganggu oleh suspek membuat laporan di Balai Polis Sea Park pada jam 2.02 pagi tadi,”katanya.
Menerusi siasatan awal, Mohd Zani berkata suspek dipercayai telah memasukkan kemaluannya ke dalam dubur mangsa berkali-kali sewaktu kejadian itu.
Malah, Mohd Zani berkata, suspek terbabit sebelum ini pernah cuba meliwat mangsa serta menawarkan RM150 sebagai habuan.
"Polis berjaya menahan suspek dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan,” katanya.
Tambah beliau, mangsa juga akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk pemeriksaan lanjut berhubung kejadian itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!