KPDN percepat pengeluaran kad fleet diesel

Armizan (tengah) ketika sidang akhbar sempena Majlis Perasmian Penutup Jelajah Karnival KPDN Zon Tengah dan Festival Pengguna Tahun 2024 di Stadium Indera Mulia di sini pada Ahad.
Armizan (tengah) ketika sidang akhbar sempena Majlis Perasmian Penutup Jelajah Karnival KPDN Zon Tengah dan Festival Pengguna Tahun 2024 di Stadium Indera Mulia di sini pada Ahad.
A
A
A

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan bermesyuarat bersama lima syarikat minyak bagi mencari penyelesaian berkaitan pengeluaran kad fleet lebih cepat di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, mesyuarat akan diadakan pada 18 Julai itu akan menentukan mekanisme untuk mempercepatkan pengeluaran kad berkenaan kepada pemohon yang layak.

Menurutnya, sehingga kini terdapat syarikat yang boleh mengeluarkan kad berkenaan dalam tempoh kurang 10 hari.

"Kita telah mengarahkan kepada lima syarikat minyak ini bagi membentangkan dan mengemukakan mekanisme untuk mereka segerakan dan satu mesyuarat akan diadakan pada hari Khamis depan.

"Kita melihat apakah kaedah yang boleh diambil oleh lima syarikat ini supaya mereka dapat menyegerakan lagi selain daripada kad fleet menggunakan pasca bayar dan juga prabayar tersebut," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Perasmian Penutup Jelajah Karnival KPDN Zon Tengah dan Festival Pengguna Tahun 2024 di Stadium Indera Mulia di sini pada Ahad.

Armizan berkata, isu yang timbul adalah mengenai kaedah pembayaran sama ada menggunakan cara pasca bayar atau prabayar.

Menurutnya, sehingga 8 Julai lalu, sebanyak 165,897 kad fleet yang sudah dikeluarkan oleh lima syarikat minyak tempatan itu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Armizan berkata, setakat 13 Julai lalu sebanyak 248,887 kenderaan mewakili 88,029 syarikat di bawah 33 jenis pengangkutan mendapat kelulusan di bawah SKDS.

"Kita tahu bahawa permohonan untuk mereka yang terlibat dengan SKDS ini boleh dibuat dalam talian di platform yang telah disediakan, namun kita bertindak proaktif melaksanakan open day SKDS di seluruh negara.

"Sebenarnya kita telah mempromosikan SKDS ini kalau tahun ini bermula bulan Mac sebenarnya, sebelum diumumkan penyasaran subsidi diesel lagi," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!