'Usul tarik balik pergantungan Tajuddin perlu tunggu pertimbangan bahagian'

Mohamed Khalid (tiga dari kiri) semasa menyempurnakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak 2024 di Dewan Serbaguna Felcra, Changkat Lada pada Ahad.
Mohamed Khalid (tiga dari kiri) semasa menyempurnakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak 2024 di Dewan Serbaguna Felcra, Changkat Lada pada Ahad.
A
A
A

PASIR SALAK - Usul yang mendesak Majlis Kerja Tertinggi UMNO menarik balik penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman perlu dipertimbangkan di peringkat bahagian terlebih dahulu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usul yang diluluskan Wanita UMNO Pasir Salak itu perlu melalui proses secara berperingkat sebelum dibawa ke pertimbangan Majlis Tertinggi parti.

"Itu proses Bahagian (Pasir Salak), bahagian akan timbang kemudian (barulah) Majlis Tertinggi," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak 2024 di Dewan Serbaguna Felcra, Changkat Lada di sini pada Ahad.

Pada 7 Julai lalu, perwakilan yang membahaskan usul berkenaan membuat keputusan meluluskannya secara sebulat suara pada mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak.

Ketua Wanita UMNO bahagian itu, Datin Seri Rahayu Tajuddin dilapor berkata, penarikan penggantungan keahlian Tajuddin bagi memperkukuhkan UMNO Pasir Salak selain mengambil kira kesetiaan pemimpin veteran itu yang banyak berjasa kepada pembangunan parti.

Dalam pada itu, Tajuddin yang juga bekas Ketua Bahagian Pasir Salak dilihat hadir pada majlis perasmian tersebut.

Beliau yang duduk di kerusi bahagian belakang dewan sempat mengikuti ucapan Mohamed Khaled dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun sehinggalah tamat majlis.

Artikel Berkaitan:

Tajuddin yang juga bekas Ketua Bahagian Pasir Salak dilihat hadir pada majlis Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak 2024 pada Ahad yang dihadiri Mohamed Khalid. Foto Pembaca
Tajuddin yang juga bekas Ketua Bahagian Pasir Salak dilihat hadir pada majlis Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak 2024 pada Ahad yang dihadiri Mohamed Khalid. Foto Pembaca

Tajuddin, 76, sebelum ini dilapor digantung keahlian parti selama enam tahun atau dua penggal.

Keputusan itu ditetapkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan pada 30 September 2022.

Pada 21 Julai 2023, beliau dilaporkan sudah mengemukakan rayuan sebanyak empat kali, namun permohonannya tidak dibalas dan tidak berhasrat untuk merayu lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!