KPDN perkenal dua lagi inisiatif baharu

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali merasmikan i-Mesra sempena Majlis Penutup Program Jelajah Karnival KPDN Zon Tengah dan Festival Pengguna Tahun 2024 Peringkat Zon Timur di Stadium Indera Mulia pada Ahad. Foto Bernama

A
A
A

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperkenalkan dua lagi inisiatif baharu dalam menangani kos sara hidup rakyat.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, program Ihsan Cashback dan i-Mesra diperkenalkan merupakan inisiatif terkini sektor swasta di bawah Ihsan Rahmah Madani.

Menurut beliau, Ihsan Cashback memberi pulangan wang atas pembelian melalui rangkaian rakan kongsi yang bermatlamat membantu pengguna menjimatkan perbelanjaan.

"Mereka boleh membuat pembelian di rangkaian serta premis perniagaan terlibat dan mereka boleh mendapat pulangan tunai dibangunkan oleh sektor swasta yang boleh memanfaatkan rakyat untuk mendapat pulangan tunai.

"Ia (Ihsan Cashback) juga diintegrasikan dengan sistem i-Mesra. Yang sebenarnya sistem i-Mesra ini merupakan platform pengurusan perniagaan digital yang membantu pengusaha perkhidmatan makanan untuk menguruskan inventori dan juga untuk menawarkan ihsan cashback tersebut," katanya kepada pemberita.

Armizan (tiga dari kiri) meninjau Jualan Rahmah yang diadakan sempena Majlis Perasmian Penutup Jelajah Karnival KPDN Zon Tengah dan Festival Pengguna Tahun 2024 di Stadium Indera Mulia di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Perasmian Penutup Jelajah Karnival KPDN Zon Tengah dan Festival Pengguna Tahun 2024 di Stadium Indera Mulia di sini pada Ahad.

Armizan berkata, nama rasmi bagi kedua-dua inisiatif baharu itu akan diperkenalkan selepas pelancaran secara rasmi dibuat.

Artikel Berkaitan:

Katanya, ketika ini hanya pra-pelancaran dilaksanakan bagi menonjolkan inisiatif daripada sektor swasta di bawah agenda Payung Rahmah.

Jelas beliau, KPDN akan menjadi pemudahcara terhadap inisiatif tersebut.

"Kita mengharapkan lebih banyak lagi syarikat-syarikat, sektor korporat, swasta, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang tampil dengan inisiatif-inisiatif yang menjurus kepada usaha membantu menangani kos sara hidup.

"Usaha ini bukan hanya digerakkan oleh kerajaan tetapi 'across the board' dan semua pemegang taruh yang ada," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!