MoF teliti cadangan buka Pejabat Kastam Gua Musang

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor .
Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor .
A
A
A

TUMPAT - Kementerian Kewangan (MoF) akan meneliti cadangan pembukaan pejabat penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan di Gua Musang pada Pra-Belanjawan 2025.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata, pihaknya juga akan menerima banyak cadangan yang akan dimasukkan di dalam belanjawan itu nanti.

“Sekarang dalam pasca Pra-Belanjawan 2025, kami akan memulakan jelajah serta menerima cadangan daripada banyak pihak bagi mengutarakan apa-apa yang perlu dimasukkan ke dalam belanjawan itu.

“Seperti cadangan pembukaan pejabat penguatkuasaan Kastam di Gua Musang ini juga kami akan teliti, katanya pada sidang akhbar sempena Lawatan Kerja Kementerian Kewangan (MoF) ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor di sini pada Ahad.

Sebelum ini, akhbar melaporkan JKDM Kelantan mengutarakan cadangan itu dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan terutama melibatkan sempadan.

Perkara itu diutarakan susulan akhir-akhir ini berlaku banyak aktiviti penyeludupan terutama melibatkan rokok seludup dan minuman keras di daerah berkenaan misalnya 17 kes yang direkodkan dalam tempoh seminggu bermula 29 Jun sehingga 5 Julai lalu.

JKDM Kelantan juga tidak menafikan ada segelintir operasi pihaknya di daerah itu gagal kerana jarak perjalanan pihak berkuasa dari Kota Bharu ke Gua Musang yang memakan masa terlalu lalu lama sekitar tiga jam.

Kertas kerja berkaitan pembukaan pejabat penguatkuasaan terbabit juga dihantar ke Putrajaya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!