Hari Peneroka Felda 2024 tarik lebih 500,000 pengunjung

Pengunjung berpeluang melihat dari dekat seekor gajah yang dibawa khas dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah (PKGK), Pahang pada Sambutan Hari Peneroka Felda 2024 yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) pada Sabtu.
Pengunjung berpeluang melihat dari dekat seekor gajah yang dibawa khas dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah (PKGK), Pahang pada Sambutan Hari Peneroka Felda 2024 yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) pada Sabtu.
A
A
A

SERDANG - Sambutan Hari Peneroka Felda (HPF) 2024 mencatat kejayaan apabila berjaya menarik lebih 500,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya.

Pengarah Komunikasi Strategik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutan (Felda), Syirfan Indra Mitra Surya Hussin berkata, kehadiran orang ramai yang menjangkaui sasaran menjadikan HPF 2024 sambutan Hari Peneroka terbaik dalam sejarah agensi itu.

"Ini merupakan kali pertama sambutan Hari Peneroka dilaksanakan selama tiga hari dan ia berjaya mencapai sasaran kehadiran.

"Insya-ALLAH, ini akan menjadi satu penanda aras kepada generasi baharu Felda dan sambutan yang akan datang,” katanya mewakili pengurusan Felda pada sidang media penutupan HPF 2024 di sini hari ini.

Sambutan itu, yang bermula Jumaat lepas di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), menyasarkan kehadiran peneroka Felda, generasi baharu agensi tersebut dan orang ramai.

Syirfan berkata, Felda juga berjaya menganjurkan HPF 2024 mengikut peruntukan yang ditetapkan iaitu RM3 juta dengan bantuan tajaan syarikat swasta dan kementerian berkaitan.

Beliau berkata, Felda sedia bergabung dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam memperbesar sambutan Hari Peneroka Felda pada tahun hadapan.

"Pelaksanaan tahun hadapan akan jauh lebih besar, kami akan bekerjasama dengan KKDW dan mengadakan sambutan bersekali dengan Karnival Usahawan Desa dengan sasaran pengunjung dua juta orang,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penganjuran Karnival Usahawan Desa dan Hari Peneroka Felda akan digabung pada tahun depan di bawah kendalian KKDW. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!