Empat ahli sindiket ditahan bersama dadah bernilai RM178,500

Dadah yang dirampas dalam serbuan kedua oleh JSJN Ibupejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang. Empat suspek ditahan dalam beberapa serbuan yang dijalankan pada 12 Julai lalu.
Dadah yang dirampas dalam serbuan kedua oleh JSJN Ibupejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang. Empat suspek ditahan dalam beberapa serbuan yang dijalankan pada 12 Julai lalu.
A
A
A

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang berjaya membongkarkan sindiket memproses dan mengedar dadah jenis syabu dan heroin apabila menahan empat lelaki tempatan pada 12 Julai lalu.

Keempat-empat lelaki berusia lingkungan 59 hingga 62 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibupejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sekitar bandar ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, dalam kesemua serbuan tersebut, polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM178,500 selain menyita dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Chevrolet dan motosikal Honda Dash bernilai RM8,700.

Menurutnya, operasi berkenaan dijalankan bermula jam 9.05 pagi hingga 9.30 malam, Jumaat lalu.

Polis turut merampas pelbagai peralatan memproses dadah dalam operasi terancang berkenaan.
Polis turut merampas pelbagai peralatan memproses dadah dalam operasi terancang berkenaan.

"Dalam serbuan pertama, kita menahan seorang lelaki berusia 59 tahun di kawasan parkir di sekitar George Town. Hasil pemeriksaan menjumpai satu peket heroin seberat 115 gram bernilai RM920.

"Berpandukan maklumat diperoleh daripada suspek pertama, polis menyerbu sebuah rumah di kawasan yang sama lalu merampas 377 gram heroin base bernilai RM32,500, 1,474 gram heroin bernilai RM11,792, 4,099 gram syabu bernilai RM132,000 dan 3,464 gram kafein bernilai RM1,200," katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad.

Jelas Hamzah, hasil soal siasat dijalankan, polis menahan tiga lelaki lagi yang disyaki ahli sindiket di lokasi berasingan di kawasan Ayer Itam dan Bandar Baru, di sini.

Artikel Berkaitan:

"Dalam penahanan itu, polis merampas 10.1 gram heroin bernilai RM88. Hasil soal siasat, sindiket ini bergiat aktof sejak Mac tahun ini.

Dalam operasi tersebut, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM178,500.
Dalam operasi tersebut, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM178,500.

"Tiga daripada suspek positif morfin dan mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes jenayah serta dadah. Mereka direman tujuh hari sehingga 19 Julai ini untuk siasatan lanjut," katanya lagi.

Beliau berkata, kesemua dadah yang dirampas boleh digunakan oleh 25,000 penagih sekiranya terlepas ke pasaran.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan rotan," katanya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!