KPKM kerjasama dengan PBT transformasikan Pasar Tamu

No Image Caption
A
A
A

SABAH - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan terus bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam usaha mentransformasikan operasi Pasar Tamu tanpa menghilangkan identiti keunikannya.

Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata, sehingga tahun 2023, FAMA telah membelanjakan RM5.36 juta terhadap kos naik taraf pasar tersebut.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Datuk Seri Mohamad Sabu (tiga kiri) kepada Pegawai Daerah Telupid, Celestine Jetony (tiga kanan)
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Datuk Seri Mohamad Sabu (tiga kiri) kepada Pegawai Daerah Telupid, Celestine Jetony (tiga kanan)

“FAMA telah menaiktaraf enam pasar tamu sedia ada antaranya Pasar Tamu Sook Keningau (2017), Pasar Tamu Dataran Tomborungus, Kudat (2019), Pasar Tamu Kunak (2020), Pasar Tamu Beluran (2021), Pasar Tamu Tuaran (2023), dan terbaru Pasar Tamu Telupid. Terdapat 41 tapak Pasar Tamu sedia ada yang akan dinaik taraf bermula tahun 2024 dengan kos RM10 juta.

“Meskipun Pasar Tamu ini telah dinaik taraf, ia masih mengekalkan budaya setempat dan mempromosikan produk usahawan serta bertujuan untuk meningkatkan tahap keusahawanan peserta pasar tamu. Operasi di Pasar Tamu masih sepenuhnya di bawah kendalian pihak PBT setempat,“katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Pasar Tamu Telupid kepada Majlis Daerah Telupid Sempena Road To MAHA 2024 @ Sabah di sini, hari ini.

No Image Caption

Pasar Tamu merupakan pasar yang diadakan secara mingguan di Sabah dan Sarawak bagi menjual barangan tani.

Pembinaan Projek naik taraf Pasar Tamu Telupid ini telah bermula pada 20 Mac 2023 dan siap sepenuhnya pada 18 Mac 2024 dengan kos RM852,000.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Ia boleh memberikan peluang dan manfaat kepada 100 orang usahawan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.

Turut berlangsung pada program itu ialah Jualan Agro MADANI yang menawarkan jualan pelbagai barangan keperluan agro-makanan seperti produk segar sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, ayam, daging dan telur pada harga 10 peratus ke 30 peratus di mana harga yang lebih murah dan berbaloi berbanding harga pasaran tempatan.

No Image Caption

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!