Angka korban di Gaza meningkat kepada 38,584, lebih 88,881 cedera

Seorang kanak-kanak bersedih dengan mangsa yang terkorban dalam serangan Israel di Hospital Perubatan Nasser di bandar selatan Genting Gaza Khan Younis. Foto Rizek Abdeljawad/Xinhua
Seorang kanak-kanak bersedih dengan mangsa yang terkorban dalam serangan Israel di Hospital Perubatan Nasser di bandar selatan Genting Gaza Khan Younis. Foto Rizek Abdeljawad/Xinhua
A
A
A

GAZA - Pasukan pendudukan Israel melakukan empat pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, menyebabkan sekurang-kurangnya 141 rakyat Palestin terbunuh dan 400 lagi cedera, menurut sumber perubatan.

Agensi Berita dan Info Palestin (WAFA) melaporkan pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan jumlah korban rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Okt lepas meningkat kepada 38,584 kematian yang dilaporkan dengan tambahan 88,881 individu mengalami kecederaan.

Kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Pasukan ambulans dan penyelamat masih tidak dapat mengumpulkan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bertaburan di jalan raya di seluruh kawasan yang dilanda perang, ketika pasukan pendudukan Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan krew pertahanan awam. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!