Selangor tumbang di tangan KL City

Jovan Motika meledak gol tunggal dalam kemenangan KL City ke atas Selangor. - Foto: FB KL City
Jovan Motika meledak gol tunggal dalam kemenangan KL City ke atas Selangor. - Foto: FB KL City
A
A
A

KUALA Lumpur (KL) City berjaya mengejutkan Selangor FC 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Ahad.

Dalam aksi derby Lembah Klang itu, para pemain KL City tampil dengan semangat juang tinggi dan cukup profesional untuk menyaingi skuad Gergasi Merah walaupun pasukan tersebut dilaporkan berdepan masalah tunggakan gaji.

Tuan rumah tampil dengan asakan awal menguji gawang Selangor pada minit ke-13 menerusi tandukan Zhafri Yahya yang diselamatkan oleh Samuel Somerville.

Percubaan Selangor hadir pada minit ke-23, namun rembatan pemain tengah mereka, Yohandry Orazco dari luar kotak penalti tersasar.

Antara aksi membabitkan pemain Selangor dan KL City dalam aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Ahad. - Foto: FB Selangor FC
Antara aksi membabitkan pemain Selangor dan KL City dalam aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Ahad. - Foto: FB Selangor FC

Skuad kendalian Nidzam Jamil itu hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-35 selepas Alvin Fortes menerima hantaran daripada Ronnie Fernandez sebelum rembatan lemahnya ditangkap kemas Azri Ghani.

Bermula separuh masa kedua, Kuala Lumpur City yang bermain corak serangan balas hampir memecahkan kebuntuan gol melalui penyerang Muhammad Haqimi Azim, namun tindakan penyudahnya menghampakan tersasar ke sebelah kiri gawang gol Selangor.

The City Boys berhasil mengegar gawang lawan pada minit ke-63 apabila Kenny Pallraj berjaya mencuri bola daripada pemain tengah Selangor, Noaa Laine sebelum melorongkan kepada Jovan Motika untuk disudahkan dengan cemerlang.

Artikel Berkaitan:

Beberapa peluang turut dimiliki Selangor dalam usaha mereka mencari gol penyamaan, namun ketumpulan jentera serangan dan pertahanan kental dipamerkan KL City menafikan hasrat pasukan pelawat itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!