Insiden tembakan di selatan Jerman ragut 3 nyawa
BERLIN - Satu insiden tembakan di bandar Lautlingen, Baden-Wuerttemberg di selatan Jerman, mengorbankan tiga orang termasuk suspek, lapor Xinhua yang memetik akhbar Bild pada Ahad.
Kejadian itu turut mencederakan dua orang, menurut laporan itu.
Bild melaporkan bahawa suspek, yang dipercayai seorang pemburu, disyaki menyasarkan ahli keluarganya sendiri. Penyiasat berkata tembakan itu mungkin berpunca daripada pertikaian domestik.
Polis tempatan mengesahkan bahawa situasi adalah terkawal dan tiada lagi bahaya kepada orang awam. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!