SRG juara dunia MSC MLBB, bawa pulang RM4.7 juta

SRG muncul juara Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 yang berlangsung di Arab Saudi pada Ahad.
SRG muncul juara Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 yang berlangsung di Arab Saudi pada Ahad.
A
A
A

SELANGOR Red Giants (SRG) mengharumkan nama negara apabila muncul juara Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 yang berlangsung di Arab Saudi pada Ahad.

Dalam pertarungan akhir yang penuh mendebarkan, SRG berjaya menundukkan juara dunia M5 dari Filipina, Falcons AP Bren dengan kemenangan 4-3.

Ia sekali gus menamatkan penantian tujuh tahun untuk menyaksikan wakil negara muncul juara dalam kejohanan tersebut.

Kemenangan itu membolehkan SRG membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM4.7 juta dan trofi MSC.

Selain itu, wakil SRG, Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman atau dikenali Sekys turut dinobatkan sebagai pemain paling bernilai dalam kejohanan tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!