Waspada penunggang agama berwajah alim
MUTAKHIR ini kecoh pula ada pasangan pempengaruh yang disiasat babit isu penyelewengan hasil derma orang awam.
Mana tidaknya, jika lihat imejnya memang nampak baik. Biar pun belum disabit salah, tapi itulah situasi yang berlaku hari ini di mana imej dan watak tidak menjamin seseorang itu adalah baik semata, walhal niat sebenar kita pun tidak tahu.
Merak Jalanan ingin kongsikan, bukan sahaja kes pempengaruh ini semata, bermacam kes scammer juga berlaku hanya bermodalkan watak dan imej keagamaan untuk jerat mana-mana orang.
Antara kes yang dilaporkan ialah kes tipu haji atau umrah, kempen derma, wakaf mahu pun pelaburan yang berunsur islamik. Individu itu datang dengan janji manis tawar bermacam keuntungan.
Orang kita ini kadang mudah saja percaya, tengok orang itu pakaian baik baik, imej alim, berjanggut, berpurdah terus mudah percaya.
Tidak mustahil ini antara taktik penipuan yang berselindung di sebalik imej agama. Sangat memalukan.
Apa pun, maksud Merak Jalanan sebenarnya ialah usah mudah percaya dengan tawaran yang diwujudkan.
Semak dahulu dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia atau pun Suruhanjaya Sekuriti (jika ia berkait dengan pelaburan.
Jika sudah terperangkap jadi mangsa, sudah tentu dalang atau individu terlibat ini akan lepas tangan dan beri bermacam alasan.
Merak Jalanan percaya isu ini semakin dipandang serius oleh semua pihak apatah lagi baru-baru ini Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menerusi khutbah Jumaat menyampaikan nasihat ‘Waspada Penipuan Pengurusan Ibadah’.
Bukan sahaja kes scammer, imej baik, warak ini juga digunakan untuk menjerat mangsa dalam perbuatan jenayah seperti kesalahan seksual seperti cabul dan rogol.
Ini juga terbukti apabila ada tangkapan dan pertuduhan membabitkan individu sebegini.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!