Azmin bincang dengan Muhyiddin jawatan setiausaha agung

Mohamed Azmin
Mohamed Azmin
A
A
A

SHAH ALAM - Perbincangan lanjut akan dibuat antara Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali susulan tawaran jawatan setiausaha agung parti itu kepada Mohamed Azmin.

“Saya akan berbincang dengan presiden. Beliau sedia maklum pandangan saya,” kata Mohamed Azmin secara ringkas ketika dihubungi pada Ahad.

Muhyiddin mengumumkan jawatan Setiausaha Agung Bersatu akan ditawarkan kepada Mohamed Azmin pada sidang akhbar selepas Majlis Penutup Konvensyen Bersatu di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Selayang pada Sabtu.

Jelasnya, pemilihan tersebut dibuat kerana ketokohan serta kemampuan Pengerusi Bersatu Selangor itu dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!