Riuh Euro 2024: Pengunjung seronok dapat telefon, jam pintar

Ameen (kiri) diiringi Zamri (kanan) menyerahkan hadiah kepada pengunjung Riuh Euro 2024 ketika aktiviti cabutan bertuah di Restoran Hakim, Seksyen 7, di Shah Alam pada Isnin.
Ameen (kiri) diiringi Zamri (kanan) menyerahkan hadiah kepada pengunjung Riuh Euro 2024 ketika aktiviti cabutan bertuah di Restoran Hakim, Seksyen 7, di Shah Alam pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] redONE Mobile memberi hadiah berupa telefon bimbit dan jam pintar kepada pengunjung yang hadir ke program Riuh Euro 2024 menerusi aktiviti cabutan bertuah di Restoran Hakim, Seksyen 7, di sini pada Isnin.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ameen Amaendran berkata, redONE Mobile menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk aktiviti cabutan bertuah seperti empat jam pintar, barangan jenamanya dan sebuah telefon pintar Redmi.

Menurutnya, jam pintar dan barangan jenama redONE Mobile turut disediakan untuk aktiviti lain yang diadakan di sana.

Safee (tengah) diiringi Zamri (kanan) menyerahkan hadiah kepada pengunjung Riuh Euro 2024.
Safee (tengah) diiringi Zamri (kanan) menyerahkan hadiah kepada pengunjung Riuh Euro 2024.

Tambah Ameen, redONE Mobile juga menyediakan hadiah menarik lain kepada pengunjung iaitu jersi eksklusif redONE Safee Sali, malah pengunjung juga hanya perlu mengimbas kod QR untuk berdaftar bagi berpeluang memenangi telefon pintar istimewa yang mana mereka akan dihubungi oleh redONE Mobile selepas program itu.

“Acara seperti Riuh Euro 2024 merupakan peluang terbaik bagi redONE Mobile untuk berinteraksi lebih dekat dengan masyarakat. Kami menghargai mereka menerusi pemberian hadiah seperti ini.

"Selain itu, kita juga membawa duta redONE Mobile, Safee Sali untuk turut serta dalam program khas yang dianjurkan oleh Sinar Daily iaitu Sports Matters," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Ameen (dua dari kanan) dan Safee (dua dari kiri) ketika program 'Sports Matters’ pada Isnin.
Ameen (dua dari kanan) dan Safee (dua dari kiri) ketika program 'Sports Matters’ pada Isnin.

Program berkenaan menyaksikan perlawanan Akhir Euro 2024 antara England menentang Sepanyol menerusi tayangan skrin gergasi anjuran Sinar Harian dengan kerjasama rakan strategik lain seperti Restoran Hakim, Astro Biz, redONE Mobile dan Mahsuri Dagang di Restoran Hakim, Seksyen 7, di sini.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro, Euan Smith; Pemilik Restoran Hakim, Datuk Hakimsa Abdul Karim; Ketua Pengarang Sinar Harian, Zambri Rambli dan tetamu kehormat lain.

Pengunjung bersorak ketika menyaksikan final Euro 2024 antara Sepanyol dan England.
Pengunjung bersorak ketika menyaksikan final Euro 2024 antara Sepanyol dan England.

Dalam pada itu Ameen memaklumkan, program tersebut membuka peluang kepada pihaknya untuk memperluaskan jenama kepada masyarakat dan memupuk hubungan positif dengan pelanggan baharu.

"Kami sentiasa mencuba untuk mendekati komuniti menerusi sukan. Ini bukan kali pertama redONE Mobile terlibat dalam program seperti ini kerana kami pernah menaja Selangor FC, Terengganu, Kelantan FC dan Sabah FC.

“Pada tahun ini, sehingga kini kami masih meneruskan penajaan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC serta Imigresen FC.

“Saya berharap pada masa akan datang program begini perlu diadakan lagi dengan lebih ramai penaja yang lain akan menyertainya dalam usaha membantu meningkatkan prestasi atlet dan mutu sukan negara,” jelasnya.

Riuh Euro 2024 membuka peluang kepada RedONE untuk memperluaskan jenama mereka kepada masyarakat dan memupuk hubungan positif dengan pelanggan baharu.
Riuh Euro 2024 membuka peluang kepada RedONE untuk memperluaskan jenama mereka kepada masyarakat dan memupuk hubungan positif dengan pelanggan baharu.

Sambutan luar biasa

Sementara itu, Safee Sali atau nama sebenar Mohd Safee Mohd Sali berkata, kehangatan perlawanan akhir antara England dan Sepanyol itu dapat dirasai apabila sambutan luar biasa daripada orang ramai yang hadir ke program Riuh Euro 2024.

Ujarnya, seperti sedia maklum bola sepak merupakan salah satu sukan yang menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang dan ia boleh lihat di Restoran Hakim..

Amirudin (kanan) menyerahkan hadiah berupa telefon pintar kepada pengunjung bertuah.
Amirudin (kanan) menyerahkan hadiah berupa telefon pintar kepada pengunjung bertuah.

"Menerusi kemeriahan ini, redONE Mobile juga secara tidak langsung sudah terlibat dalam satu program mengeratkan ukhuwah bersama komuniti setempat.

"Apa yang boleh saya rumuskan, semua pengunjung bersemangat meraikan perlawanan akhir Euro 2024 dan kemeriahan ini banyak kelebihannya dan ia dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat.

“Tidak kisahlah dari segi makanan, info atau berita menarik mengenai sukan, aktiviti tambahan dan lain-lain. Saya yakin program ini merupakan satu anjuran yang wajib diadakan secara berterusan supaya lebih banyak pihak mendapat manfaat daripadanya," tambah beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!