Warga emas maut, kereta dipandu suami hilang kawalan

Seorang warga emas maut selepas kereta yang dinaiki bersama suami dipercayai hilang kawalan dan kemudian berpusing serta masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh kenderaan lain di kilometer 60 Jalan Gua Musang-Lojing di Gua Musang pada Ahad.

A
A
A

GUA MUSANG - Seorang warga emas maut selepas kereta yang dinaiki bersama suami dipercayai hilang kawalan sebelum berpusing dan masuk ke laluan bertentangan serta merempuh kenderaan lain di kilometer 60 Jalan Gua Musang-Lojing di sini pada Ahad.

Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, wanita berkenaan, Maznah Mat Nor, 63, bagaimanapun meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Ariffin Mamat, 75, bersama isteri datang dari arah Gua Musang menghala ke Lojing.

Keadaan salah sebuah kenderaan yang terbabit dalam kemalangan.
Keadaan salah sebuah kenderaan yang terbabit dalam kemalangan.

"Ketika sampai di lokasi kejadian secara tiba-tiba suami kepada mangsa yang hendak mengambil selekoh ke kanan jalan telah hilang kawalan.

"Kereta terbabit telah berpusing masuk ke laluan bertentangan lalu dirempuh oleh kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu lelaki berusia 44 tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, ketiga-tiga mangsa telah dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan awal.

Artikel Berkaitan:

Keadaan di lokasi kemalangan.
Keadaan di lokasi kemalangan.

Ujarnya, Maznah disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan dan telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Choon Foo memberitahu, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Siasatan masih dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian terbabit diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi talian 09-9121222 atau 013-3010408," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!