Final Copa America tangguh 30 minit akibat kekecohan penyokong

Sebahagian penyokong yang tidak mempunyai tiket cuba memasuki Stadium Hard Rock, Miami. Foto AFP
Sebahagian penyokong yang tidak mempunyai tiket cuba memasuki Stadium Hard Rock, Miami. Foto AFP
A
A
A

SEPAK mula aksi final Copa America pada Isnin antara Argentina dan Colombia di Miami ditangguh selama 30 minit susulan kekecohan penyokong di pekarangan stadium.

Perkara itu dimaklumkan oleh penganjur menerusi laman sosial sebentar tadi.

Pemain kedua-dua pasukan kembali ke bilik persalinan selepas sesi memanaskan badan di Stadium Hard Rock susulan penangguhan tersebut.

"Dimaklumkan perlawanan ditangguh selama 30 minit dan bermula pada 8.30 malam (waktu tempatan)," umum penganjur kejohanan menerusi Twitter.

Penganjur memberitahu penangguhan tersebut kerana penonton yang tiada tiket cuba bersesak-sesak untuk memasuki pintu stadium.

"Penyokong yang tiada tiket tidak boleh masuk ke stadium. Hanya yang memiliki tiket dibenarkan masuk ke stadium apabila pintu dibuka semula," ujar penganjur.

Polis dan staf keselamatan bertempur dengan penyokong yang cuba merempuh masuk ke stadium sebelum sepak mula.

Susulan itu menyebabkan beberapa penyokong mengalami kecederaan dan diberikan rawatan oleh petugas perubatan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!