Polis kesan lelaki patahkan pengelap cermin kereta

Polis sedang mengesan lelaki tular yang mematahkan pengelap cermin sebuah kereta jenis Perodua Alza dalam kejadian di Jalan Dataran Sentral 2 bersebelahan Seremban Gateway di Seremban pada Jumaat lalu.
Polis sedang mengesan lelaki tular yang mematahkan pengelap cermin sebuah kereta jenis Perodua Alza dalam kejadian di Jalan Dataran Sentral 2 bersebelahan Seremban Gateway di Seremban pada Jumaat lalu.
A
A
A

SEREMBAN - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang tular mematahkan pengelap cermin sebuah kereta jenis Perodua Alza dalam kejadian di Jalan Dataran Sentral 2 bersebelahan Seremban Gateway di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang wanita pada jam 5.46 petang selepas melihat rakaman papan pemuka.

"Wanita berkenaan bertugas sebagai pegawai bank di Petaling Jaya mengatakan kereta jenis Perodua Alza miliknya diletakkan di lokasi untuk pergi bekerja.

"Dia mendapati kenderaannya mengalami kerosakan pecah cermin hadapan, wiper hadapan dan belakang patah serta rosak pada kedua-dua cermin sisi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ujarnya, lokasi tersebut digunakan untuk meletakkan kenderaan sebelum pengadu ke tempat kerja berkongsi kenderaan bersama rakan sekerja.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan khianat ke atas harta orang lain.

"Suspek telah dikenal pasti, usaha untuk mengesan dan menangkap suspek sedang dijalankan. Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana orang yang gagal mematuhi undang-undang negara.

"Tindakan tegas akan diambil agar masyarakat sentiasa berada dalam keadaan aman dan tenteram," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian, boleh menghubungi hotline Ibupejabat Polis Seremban di talian 06-6033222 atau Pegawai Penyiasat Jenayah, Sarjan Amram Ismail di talian 019-9661346.

Sebelum ini tular di media sosial seorang lelaki memakai baju berwarna biru tiba-tiba mematahkan pengelap cermin sebuah kereta dan perbuatannya itu telah dirakam menerusi kamera papan pemuka kenderaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!