Kucing kesayangan Rafizi hilang

Kucing kesayangan bernama Muffin ini hilang sejak dua hari lalu.
Kucing kesayangan bernama Muffin ini hilang sejak dua hari lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli meminta orang ramai terutamanya penduduk sekitar Presint 10 Putrajaya untuk menghubunginya jika ternampak kucing kesayangan yang hilang sejak dua hari lepas.

Beliau berkata, kucing yang diberi nama Muffin itu tidak pernah keluar rumah sebelum ini, tetapi sudah pandai memanjat.

“Kepada penduduk sekitar Presint 10 Putrajaya, kalau ada ternampak kucing oren putih ini, mohon hubungi saya.

“Dah dua hari Muffin tak balik rumah, dia tak pernah keluar rumah dan dia dah pandai panjat keluar.

“Muffin terlebih mesra walaupun dengan orang yang dia tak kenal,” katanya menerusi hantaran di X pada Isnin.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berkenaan merasa lucu dengan keletah menteri terbabit yang jarang menceritakan soal kehidupan peribadi melainkan isu politik semata-mata.

Bagaimanapun, ada segelintir yang prihatin dan bimbang kucing tersebut diambil orang lain.

“Comelnya kucing! Boleh pula dia hilang ya... barangkali kena culik tu, orang pinjam kejap. Semoga cepat pulang ke rumah,” ujar Uyun Zahra.

Artikel Berkaitan:

“Mesti sedih sebab tak tahu Muffin dah hilang dua hari, harap dijumpai dalam keadaan selamat,” kata Sharan Pretam Singh pula.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!