Bekas pengarah tak mengaku salah guna wang syarikat

Tertuduh menutup wajahnya ketika hadir di Mahkamah Butterworth, pada Isnin.
Tertuduh menutup wajahnya ketika hadir di Mahkamah Butterworth, pada Isnin.
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang bekas pengarah sebuah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas empat pertuduhan menyalahgunakan harta syarikat bernilai RM96,780 pada 10 tahun lalu.

Tertuduh, Kamaruzzaman Kamaludeen, 51, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim, Zulhazmi Abdullah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di empat buah bank berasingan di Perai, Seberang Jaya, Bukit Mertajam dan Jelutong sekitar 5 Disember 2014 hingga 27 Mei 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan sebatan dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Adzmi dan Natrah Fareha Rahmat mencadangkan tertuduh diikat jamin RM30,000 berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri setiap bulan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) setiap awal bulan selain perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam tertuduh, Luqman Mazlan memohon agar jaminan ditetapkan sebanyak RM10,000 dengan memberi alasan tertuduh perlu menyara keluarga termasuk dua orang anaknya yang sedang menuntut di universiti.

Malah, tertuduh dikatakan menghidap penyakit buah pinggang dan perlu menjalani rawatan dialisis setiap bulan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan yang dipohon.

Artikel Berkaitan:

Kes akan disebut semula pada 26 Ogos depan untuk serahan dokumen.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!