Akta Saraan Hakim Syarie perlu diwujudkan segera – PM

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri meminta agar Akta Saraan Hakim Syarie segara diwujudkan bagi pembaikan skim kumpulan perkhidmatan itu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika ini skim perkhidmatan syariah mengikut skim biasa di bawah perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).

"Insya-ALLAH, kita minta Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) segerakan untuk diangkat supaya Akta Saraan Hakim Syarie dapat ditingkatkan.

"Saya ini mudah saja, berunding baik-baik, selesai," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Konvensyen Memartabatkan Perundangan Syariah Di Malaysia di sini, pada Isnin.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan; Ketua Hakim Syarie, Datuk Mohd Amran Mat Zain dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Malaysia tidak mempunyai sebarang akta saraan khusus untuk hakim syarie namun hanya terdapat Akta Saraan Hakim 1971 yang melibatkan hakim mahkamah sivil.

Difahamkan, usaha untuk mewujudkan akta itu sedang dimulakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan agensi di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!