PDRM pernah buka kertas siasatan mengenai video lama yang tular

Rakaman video yang pernah tular pada Mei 2016.
Rakaman video yang pernah tular pada Mei 2016.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah membuka kertas siasatan tatatertib pada 2016 bagi menyiasat kesahihan video tular berkaitan anggota polis yang didakwa menerima rasuah bagi melindungi kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Tawau, Sabah.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, hasil siasatan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) menunjukkan, tiada keterangan kukuh mengaitkan anggota polis terbabit menerima rasuah daripada PATI bagi melindungi mereka masuk ke Tawau.

"Hasil siasatan JIPS juga menemui beberapa kelemahan dalam penugasan anggota polis di Tawau, khususnya dari aspek administratif dan penyeliaan yang perlu diberi perhatian serta dibuat penambahbaikan," katanya melalui kenyataan media petang tadi.

Beliau berkata sebagai mengulas mengenai video berdurasi 10 minit itu pernah tular pada Mei 2016, namun ia tular semula sejak semalam.

Mengulas lanjut Acryl Sani berkata, PDRM telah mengambil inisiatif membuat penambahbaikan ke atas kelemahan itu sebagai langkah pencegahan.

"Kita mengambil langkah menukarkan seorang pegawai kanan dan anggota serta-merta bagi menghindari potensi berlakunya salah laku yang tidak diingini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!