Penyelia restoran yong tau foo tak mengaku pecah amanah

Nur Putra Assyarafaiin (tengah) ketika dibawa keluar oleh anggota polis dari Mahkamah Sesyen Melaka pada Isnin.
Nur Putra Assyarafaiin (tengah) ketika dibawa keluar oleh anggota polis dari Mahkamah Sesyen Melaka pada Isnin.
A
A
A

MELAKA - Seorang pemuda yang juga penyelia restoran yong tau foo terkenal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas 25 tuduhan melakukan pecah amanah hasil jualan sebuah restoran berjumlah lebih RM80,000.

Nur Putra Assyarafaiin Zuhari, 22, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azaraorni Abd Rahman.

Berdasarkan kesemua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, dia sebagai penyelia premis tersebut yang telah diamanahkan dengan harta iaitu hasil jualan sebanyak RM81,126.86 telah gagal menyerahkan wang tersebut kepada pihak syarikat.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kaunter premis Tokmer Enterprise Cawangan Jasin Bistari, dalam daerah Jasin, antara 17 Mac hingga 19 Jun lalu.

Pendakwaan bagi kesalahan itu dijalankan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sekurang-kurangnya satu hingga 14 tahun dan sebatan serta boleh juga dikenakan denda, jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah jaminan rendah kerana dia menyara ibu bapa selain mempunyai dua beradik yang lain.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM42,500 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 19 Ogos ini untuk lantikan peguam dan sebutan semula kes.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!