Awang digantung 3 hari, kekal pendirian dakwa Rayer 'anti Islam'

Awang Hashim, Rayer
Awang Hashim, Rayer
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim diarah keluar dari Dewan Rakyat kerana enggan menarik balik perkataan 'anti Islam' yang dilemparkan kepada RSN Rayer (PH-Jelutong).

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Ramli Mohd Nor turut mengarahkan ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) itu digantung selama tiga hari susulan kegagalan mematuhi Peraturan Mesyuarat.

Sebelum itu Dewan Rakya kecoh apabila Rayer meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat mengenai tindakan pembangkang menggunakan perkataan jahanam yang merujuk kepada enam bekas ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengisytihar sokongan kepada Perdana Menteri.

“Merujuk kepada Peraturan 36(4) adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana ahli dewan menggunakan bahasa kurang sopan atau yang seksis, Peraturan 36 (6) tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat kepada ahli lain dan Peraturan 36 (12) ahli yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan disifatkan menghina majlis.

“Khamis lalu, Yang Berhormat Pendang merujuk kepada enam orang ahli parlimen yang isytihar sokongan kepada PMX sebagai enam jahanam. Saya telah menegur kerana beliau adalah ahli Pas, beragama Islam, tidak teratur dan tidak baik beliau menjahanamkan orang lain.

“Bolehkah mereka (pembangkang) menghina majlis dan keluar daripada dewan, saya mohon petua,” soalnya.

Rentetan itu, Awang bangkit mempertahankan tindakannya dengan membangkitkan Peraturan 36(6) dengan menyatakan Rayer sebagai anti Islam.

“Dia (Rayer) anti Islam, sebab itu DAP membela orang-orang berjudi.

Artikel Berkaitan:

“Memang mereka (enam bekas ahli parlimen Bersatu) 'enam jahanam'. Bila jahanam, dia (Rayer) kaitkan dengan Islam untuk bagi orang berfikir. Sebab itu saya kata dia anti Islam,” katanya.

Susulan itu Ramli mengarahkan Awang untuk menarik balik perkataan tersebut, namun tidak diendahkannya sebanyak tiga kali.

“Saya kekal dengan prinsip, saya tidak tarik balik,” tegas Awang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!