Jaheaik lupus 77 tan abu al-Quran di perairan Kelantan

Mohd Asri menenggelamkan abu al-Quran di perairan Kelantan.
Mohd Asri menenggelamkan abu al-Quran di perairan Kelantan.
A
A
A

KOTA BHARU - Selepas bah kuning melanda Kelantan tahun 2014 lalu, sebanyak 77 tan abu al-Quran sudah dilupuskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) di perairan negeri ini.

Exco Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata, abu tersebut ialah daripada naskhah al-Quran yang dikumpul dan dihantar oleh masjid di Kelantan serta orang awam melibatkan pelbagai tragedi termasuk banjir.

“Kita memuliakan al-Quran dengan melupuskan melalui kaedah membakar dan menenggelamkan abunya.

“Jaheaik menerima banyak al-Quran lama yang rosak dan selepas daripada banjir besar 2014 sehinggalah kini, sudah 77 tan abu al-Quran yang ditenggelamkan,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Pemuliaan Abu al-Quran bersama Penenggelaman Vessel Lucut Hak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan di perairan Kuala Besar pada Isnin.

Turut hadir, Pengarah Jaheaik, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh.

Pada program tersebut, sebanyak 2.07 tan abu al-Quran ditenggelamkan di lebih lima batu nautika bersama tiga bot nelayan asing yang dilucut hak bernilai lebih 1.2 juta dari Jeti Kuala Besar dengan kedalaman 21 meter pada jam 10.20 pagi.

Proses menenggelamkan al-Quran menggunakan bot Maritim Malaysia Kelantan.
Proses menenggelamkan al-Quran menggunakan bot Maritim Malaysia Kelantan.

Mohd Asri berkata, proses pelupusan kitab suci itu dibuat mengikut fatwa diputuskan Mesyuarat Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) 2006 bagi garis panduan pembakaran buku agama yang mempunyai ayat al-Quran dan hadis.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pihaknya berharap masyarakat terus memelihara kesucian al-Quran dengan membawa naskhah yang rosak atau koyak ke pejabat Jaheaik untuk dilupuskan.

“Program pemuliaan al-Quran ini juga program utama di Jaheaik berikutan tuntutan daripada rakyat yang mahukan al-Quran itu dimuliakan.

“Setakat ini, paling banyak al-Quran yang kami lupuskan adalah sebanyak 10 tan yang rosak teruk ketika banjir besar pada 2014,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!