Selangor lemau di gelanggang lawan

Aksi pemain KL City FC, Haqimi Azim (kanan) dikasari pemain Selangor FC, Zikri Khalili (kiri) ketika perlawanan Liga Super 2024 antara KL City FC menentang Selangor FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, pada malam Ahad. Foto Bernama

A
A
A

PENGENDALI Selangor FC, Nidzam Jamil tidak menafikan pasukan kendaliannya itu agak kurang menyerlah apabila beraksi di laman lawan selepas tewas 0-1 kepada Kuala Lumpur (KL) City dalam aksi Liga Super, pada Ahad.

Keputusan negatif di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu menyaksikan kekalahan kedua skuad Gergasi Merah di luar gelanggang sendiri selepas tewas kepada Kuching City FC di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak dalam aksi suku akhir Piala FA baru-baru ini.

"Mungkin kita perlu menukar sedikit kecenderungan kita dari segi persiapan untuk menghadapi perlawanan di tempat lawan.

"Apabila bermain di laman lawan, separuh jurulatih rasa satu mata sudah memadai, namun kita percaya kita boleh menang malam ini jika semua pemain ada fokus yang baik.

"Akan datang mungkin ada sedikit kelainan persiapan kita agar setiap kali bermain di laman lawan kita tidak terlalu memikirkan tentang apa yang akan berlaku," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Dalam perlawanan itu, KL City meraih tiga mata berharga melalui jaringan pemain tengah, Jovan Motika pada minit ke-63.

Nidzam berkata, skuad Gergasi Merah melakukan kesilapan kecil terutama ketika melepaskan gol tersebut yang disifatkannya sebagai salah faham antara pemain.

"Dalam Liga Super, kita tidak boleh buat kesilapan kecil sebaliknya kena fokus terhadap perkara kecil sebegini.

Artikel Berkaitan:

"Kalau kita nak jadi pasukan yang lebih besar, perkara kecil sebegini kita kena perbaiki. Tetapi, secara keseluruhan daripada segi lain, tidak nampak perkara yang merisaukan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!