KPDN rampas barang kawalan disimpan secara haram

KPDN Negeri Sembilan merampas pelbagai barang kawalan termasuk yang bersubsidi dipercayai disimpan secara haram di sebuah premis di Jalan Senawang Perdana pada Ahad. Foto KPDN Negeri Sembilan
KPDN Negeri Sembilan merampas pelbagai barang kawalan termasuk yang bersubsidi dipercayai disimpan secara haram di sebuah premis di Jalan Senawang Perdana pada Ahad. Foto KPDN Negeri Sembilan
A
A
A

SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Negeri Sembilan merampas pelbagai barang kawalan termasuk yang bersubsidi dipercayai disimpan secara haram di sebuah premis di Jalan Senawang Perdana dekat sini pada Ahad.

Pengarahnya, Muhammad Zahir Mazlan berkata, sebanyak 2,549 kilogram (kg) barang kawalan ditemui antaranya gula, minyak masak dan tepung gandum yang dianggarkan bernilai RM6,556.90.

"Dalam serbuan jam 11.30 pagi melalui Ops Tenera, kami menemui gula putih kasar seberat 264 kg, gula putih premium 24 kg, minyak masak 2,121 kg dan tepung gandum 140 kg.

"Turut dirampas adalah invois belian barang kawalan untuk tujuan siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Premis tidak bernombor di Senawang, Seremban yang dijadikan sebagai stor penyimpanan. Sebanyak 2,549 kilogram (kg) barang kawalan ditemui antaranya gula, minyak masak dan tepung gandum yang dianggarkan bernilai RM6,556.90. Foto KPDN Negeri Sembilan

Menurutnya, serbuan membabitkan lima anggota itu dibuat hasil daripada risikan yang berjaya mengesan stor simpanan barangan kawalan di premis.

"Anggota serbuan menahan seorang wanita warga tempatan berusia 47 tahun yang mengaku sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas premis dan juga disyaki berurusan dengan barang kawalan tanpa lesen yang sah.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyimpan barang kawalan selain daripada premis yang dilesenkan oleh Pengawal Bekalan.

Artikel Berkaitan:

"Kami memberi amaran kepada mana-mana pihak yang berurusan dengan barang kawalan berjadual supaya mematuhi perundangan yang berkuatkuasa," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!