Remaja termakan biskut beracun dipantau 72 jam

Mohd Daynail Haikal yang kini dirawat di Hospital Kemaman semakin stabil dan pulih serta dibenarkan pulang tidak lama lagi. Foto ihsan keluarga
Mohd Daynail Haikal yang kini dirawat di Hospital Kemaman semakin stabil dan pulih serta dibenarkan pulang tidak lama lagi. Foto ihsan keluarga
A
A
A

KEMAMAN - Remaja lelaki yang nyaris maut selepas termakan biskut dicampur racun di sebuah kebun, pada Jumaat lalu kini stabil dan di pantau selama 72 jam sebelum dibenarkan pulang.

Bapa mangsa, Alias Saras, 57, berkata, anaknya, Mohd Daynail Haikal Alias, 13, semakin pulih selepas menerima rawatan di Hospital Kemaman sejak empat hari lalu.

Katanya, Mohd Daynail Haikal kini sudah boleh makan dan minum seperti biasa dan dijangka dibenarkan pulang ke rumah tidak lama lagi.

"Doktor beritahu anak saya perlu dipantau selama 72 jam bagi memastikan tiada saki baki racun di dalam badan dan pulih sepenuhnya sebelum pulang ke rumah.

"Mungkin esok dia boleh balik. Saya harap keadaan kesihatannya bertambah baik dan dapat ke sekolah seperti biasa selepas ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, pada Isnin.

Bercerita mengenai keadaan Mohd Daynail Haikal ketika termakan biskut beracun itu, Alias berkata, anaknya memberitahu sempat memuntahkan kembali biskut itu sebaik merasa masam.

Keadaan Mohd Daynail Haikal ketika dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman. Foto ihsan keluarga
Keadaan Mohd Daynail Haikal ketika dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman. Foto ihsan keluarga

"Waktu termakan biskut tu, dia rasa tidak sedap dan sempat memuntahkan kembali makanan itu.

Artikel Berkaitan:

"Tidak lama selepas itu dia pengsan dan segera dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman," katanya.

Semalam Sinar Harian melaporkan seorang remaja lelaki dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri selepas termakan sekeping biskut yang digantung di atas sebatang kayu di sebuah kebun dekat Kampung Dadong di sini.

Bapa remaja itu dia telah membuat laporan polis kira-kira jam 4 petang pada Ahad.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitenden Hanyan Ramlan mengesahkan menerima laporan itu dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!