Lelaki OKU hilang ditemui maut jatuh pencawang

Lelaki OKU yang dilaporkan hilang dua hari lalu ditemukan meninggal dunia dipercayai terjatuh dari pencawang elektrik di Kampung Lot M, Kinabatangan pada Isnin.
Lelaki OKU yang dilaporkan hilang dua hari lalu ditemukan meninggal dunia dipercayai terjatuh dari pencawang elektrik di Kampung Lot M, Kinabatangan pada Isnin.
A
A
A

KINABATANGAN - Lelaki orang kurang upaya (OKU) yang hilang sejak dua hari lalu akhirnya ditemui maut dipercayai akibat terjatuh dari pencawang elektrik di Kampung Lot M dekat sini pada Isnin.

Mayat Khairil Anuar Mustapa, 31, ditemukan orang awam pada jam 10.52 pagi sebelum disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 7 pagi Isnin.

Menurutnya, seramai lima anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh lima kilometer dari BBP Kinabatangan.

"Menurut laporan, lelaki tersebut ditemui oleh orang awam kira-kira 350 meter dari lokasi rumahnya.

"Mangsa dipercayai terjatuh dari pencawang elektrik dan disahkan telah meninggal dunia oleh pihak polis," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 11 pagi selepas memastikan keadaan lokasi selamat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!