UAE hantar 3 tan bekalan ubat ke Gaza

Serangan Israel sejak 7 Oktober lepas menyebabkan puluhan hospital tidak berfungsi kerana musnah dan kekurangan ubat-ubatan serta bekalan perubatan yang mencukupi. Foto AFP
Serangan Israel sejak 7 Oktober lepas menyebabkan puluhan hospital tidak berfungsi kerana musnah dan kekurangan ubat-ubatan serta bekalan perubatan yang mencukupi. Foto AFP
A
A
A

ABU DHABI - Emiriah Arab Bersatu (UAE) segera menghantar tiga tan bekalan perubatan dan ubat-ubatan untuk menyokong sektor penjagaan kesihatan dan hospital di Semenanjung Gaza susulan perkembangan terkini di Khan Younis, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Ia sebagai reaksi terhadap rayuan daripada sektor kesihatan, termasuk Hospital Nasser di Khan Younis yang menekankan keadaan kekurangan ubat-ubatan.

Matlamatnya adalah untuk memastikan perkhidmatan perubatan terus diberikan kepada mereka yang cedera, pesakit dan penduduk kehilangan tempat tinggal.

Bantuan perubatan itu termasuk bekalan perubatan penting untuk hospital yang menghadapi kekurangan, ubat untuk merawat pelbagai kecederaan, insulin untuk pesakit diabetes dan sumber lain untuk mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan dalam situasi kritikal ini.

UAE dengan kerjasama pelbagai hospital dan organisasi perubatan antarabangsa menyasarkan untuk meningkatkan situasi penjagaan kesihatan di Semenanjung Gaza selepas ia merosot akibat konflik.

Serangan Israel sejak 7 Oktober lepas menyebabkan puluhan hospital tidak berfungsi kerana musnah dan kekurangan ubat-ubatan serta bekalan perubatan yang mencukupi untuk terus memberikan perkhidmatan perubatan kepada pesakit dan mereka yang cedera di pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza.

UAE telah menyediakan beberapa siri bantuan perubatan kepada hospital di Semenanjung Gaza, termasuk 10 ambulans yang dilengkapi dengan semua kemampuan moden.

Jumlah keseluruhan bantuan yang dihantar oleh negara itu telah mencecah 337 tan, termasuk peranti perubatan, ubat-ubatan dan bekalan penting untuk Kementerian Kesihatan bagi meningkatkan kapasiti dalam institusi penjagaan perubatan dan hospital. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!