Datuk tiri direman disyaki rogol cucu

Seorang lelaki ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes rogol cucu tirinya yang berusia 14 tahun sejak tiga tahun lalu - Gambar hiasan 123RF, gambar kecil: Abdul Rozak
Seorang lelaki ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes rogol cucu tirinya yang berusia 14 tahun sejak tiga tahun lalu - Gambar hiasan 123RF, gambar kecil: Abdul Rozak
A
A
A

BESUT - Seorang lelaki ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes rogol cucu tirinya yang berusia 14 tahun sejak tiga tahun lalu.

Tahanan reman terhadap suspek berusia 50-an itu dibenarkan Mahkamah Majistret Daerah Besut bermula Isnin.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, suspek diberkas kira-kira jam 10 malam pada Ahad selepas pihak polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

"Hasil siasatan awal mendapati perbuatan tersebut dilakukan terhadap mangsa di sebuah rumah di daerah ini sejak 2021.

"Suspek bagaimanapun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian saringan urin mendapati lelaki itu bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah," katanya di sini pada Isnin.

Abdul Rozak berkata, siasatan terhadap suspek dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar yang akan mengganggu siasatan pihak polis.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan sebarang kegiatan jenayah boleh melaporkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di talian 09-695622,"katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!