Serangan siber Indonesia beri peringatan kepada Asia Tenggara - Pakar

Serangan siber di Indonesia menyebabkan hampir 200 agensi kerajaan terjejas. Foto Agensi
Serangan siber di Indonesia menyebabkan hampir 200 agensi kerajaan terjejas. Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Serangan siber di Indonesia baru-baru ini sehingga melumpuhkan 200 sistem agensi kerajaan memberi peringatan mengenai keperluan keselamatan siber di negara Asia Tenggara, lapor Nikkei Asia.

Sehingga Jumaat, Indonesia masih bergelut untuk memulihkan penyimpanan data dalam pusat data sementara kerajaan di Timur Jawa selepas serangan siber oleh Brain Cipher pada hujung bulan lalu.

Brain Cipher adalah perisian hasad atau ransomware yang terbaharu yang dikaitkan dengan kumpulan LockBit 3.0.

Ia dikenal pasti melancarkan serangan di beberapa negara lain sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk Filipina dan Malaysia.

Perisian hasad itu telah mengekstrak dan menyulitkan data daripada 282 agensi kerajaan Indonesia, termasuk kementerian dan pejabat kerajaan tempatan sehingga menjadikannya ia tidak boleh digunakan.

Hanya 43 daripada agensi telah memulihkan data mereka menggunakan fail sandaran manakala selebihnya tidak mempunyai fail tersebut.

Penggodam menuntut wang tebusan AS$8 juta (RM37 juta) dan mengancam untuk mengeluarkan maklumat sensitif, termasuk mengenai warganegara dan warga asing, namun kerajaan enggan membayar wang tersebut.

Pengarah serantau untuk Asia Tenggara di Forum Global mengenai Kepakaran Siber, Allan Salim Cabanlong berkata, kekurangan data sandaran sebagai sumber masalah terbesar dalam serangan baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

"Ia menjadi masalah utama kepada ASEAN, malah di Eropah dan negara lain di dunia kerana kos untuk membina fail sandaran adalah tinggi," katanya. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!