Durian tempatan China mahal

Durian mendapat permintaan tinggi di China. Foto Agensi
Durian mendapat permintaan tinggi di China. Foto Agensi
A
A
A

BEIJING – Harga durian keluaran China dijual terlalu mahal iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada yang diimport dari Thailand, lapor portal berita VnExpress.

Difahamkan harga durian tempatan China ialah 60 yuan (RM38.62) untuk berat 500 gram manakala durian dari Thailand pula berharga antara 20 yuan (RM12.87) hingga 30 yuan (RM19.31) dengan berat yang sama.

Seorang penjual durian di Beijing, Ai Dong berkata kepada akhbar The Straits Times bahawa mereka tidak boleh menjual durian tempatan yang digelar Durian Hainan kerana terlalu mahal.

Bagaimanapun, Pengarah Institut Pokok Buah-buahan Tropika di Akademi Sains Pertanian Hainan, Feng Xuejie berkata, harga durian China mungkin akan turun apabila pengeluaran buah itu meningkat dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Kebanyakan durian China ditanam di Hainan, satu-satunya wilayah di negara tersebut yang mempunyai iklim tropika dan sesuai untuk menanam buah itu. – Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!