Persiapan Istiadat Pertabalan
Acara-acara bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan bermula pada 18 Julai ini dengan majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Negara, diikuti Khutbah Jumaat khas pada 19 Julai.
Pada 23 Julai, Raja Zarith Sofiah dijadual berangkat ke Hospital Orang Asli Gombak manakala Pameran Raja Kita akan diadakan di Muzium Negara pada 25 Julai.
Acara-acara sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 diakhiri dengan Jamuan Teh Diraja di Istana Negara pada 27 Julai.
Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!