Segerakan pengasingan kuasa AG, Pendakwa Raya - KRPPM-IGAR

Syed Ibrahim dan ahli-ahli sekretariat KRPPM-IGAR selepas mesyuarat di bangunan Parlimen pada Isnin.
Syed Ibrahim dan ahli-ahli sekretariat KRPPM-IGAR selepas mesyuarat di bangunan Parlimen pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) - Integriti, Governans dan Anti Rasuah (IGAR) meneruskan usaha menyegerakan agenda pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya ke peringkat Parlimen pada penggal tahun hadapan.

Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, perkara itu antara agenda yang diketengahkan dalam Mesyuarat KRPPM-IGAR kali kelima pada Isnin.

"Perkara ini menjadi perbualan hangat cuma di pihak kami, jadi kita akan teruskan untuk mendapatkan kesegeraan di pihak kerajaan supaya perkara ini dapat dibawa ke Parlimen dalam tahun ini atau awal tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas Mesyuarat KRPPM-IGAR di Bangunan Parlimen pada Isnin.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters), Nurhayati Nordin; Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Profesor Emeritus Awang Sariyan; Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.

Dalam pada itu, ujar Syed Ibrahim, mesyuarat berkenaan turut membincangkan mengenai cadangan kunjungan hormat bersama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah Dewan Negara bagi membincangkan mengenai NACS.

Syed Ibrahim
Syed Ibrahim

Menurut beliau, cadangan lain turut mengulas mengenai peranan ahli Parlimen serta KRPPM-IGAR dalam menyegerakan beberapa unsur reformasi yang telah dicadangkan oleh kerajaan khususnya menyentuh berkenaan peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

Artikel Berkaitan:

“Di samping itu, kita juga melihat, meneliti projek-projek mega yang mungkin tidak berunsur telus ataupun kurang baik dari segi tatakelola mengambil kira apa yang dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!