Kenaikan gaji penjawat awam diumum 16 Ogos depan

Pengumuman khas berkaitan dengan kenaikan gaji 1.5 juta penjawat awam akan dibuat kerajaan pada 16 Ogos depan. - Gambar hiasan
Pengumuman khas berkaitan dengan kenaikan gaji 1.5 juta penjawat awam akan dibuat kerajaan pada 16 Ogos depan. - Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Pengumuman khas berkaitan dengan kenaikan gaji 1.5 juta penjawat awam akan dibuat kerajaan pada 16 Ogos depan.

Menerusi hantaran di laman X, Jabatan Perkhidmatan Awam memaklumkan, pengumuman khas itu diadakan menerusi Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

"Mesti semua pegawai awam tengah sibuk dan teruja kira gaji baharu kan?," katanya pada Isnin.

Pada hantaran sama, jabatan itu turut menyeru agar penjawat awam meningkatkan prestasi dan kualiti kerja setimpal dengan kenaikan gaji baharu kelak.

"Sambil kita menghitung hari pengumuman khas berkaitan kenaikan gaji di Majlis MAPPA, jom la kita sama-sama meningkatkan prestasi dan kualiti kerja dengan penuh dedikasi. Barulah selari dengan kenaikan gaji yang terima nanti," jelas JPA.

Pada Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perincian kadar baharu kenaikan gaji bagi penjawat awam akan diumumkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025 yang dijadual pada Oktober.

Ketika menyampaikan amanat sempena sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei lalu, Anwar mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula 1 Disember depan.

Kali terakhir kadar baharu kenaikan gaji penjawat awam diumumkan adalah sekitar 13 peratus pada 2013.

Artikel Berkaitan:

Pada 1 Mei lepas, beliau mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam yang menyaksikan kenaikan melebihi 13 peratus dan merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!